Navigation I'm purplelicous. Call me Neng Chai , im 17 (2014) Just read my post and leave your footstep at cbox :3 Say Something? Big Claps
| Jom perbaiki diri Semakin hari. Aku semakin faham dengan rentak kehidupan ni. Pelbagai ragam kan ? Tapi sedarkah anda yang dunia sekarang tidak seperti dunia yang dulu? Bukan maksud aku dunia ini berubah keadaan fizikalnya atau apa. Yang aku maksudkan tentang CARA HIDUP MANUSIA yang hidup di bumi ini. Aku hanya ingin memfokuskan cara hidup umat Islam zaman sekarang . Jika dibandingkan dengan umat islam zaman lalu. Umat Islam zaman dahulu lagi baik akhlaknya berbanding kita sekarang. Tidak sedarkah anda ? Kita adalah umat akhir zaman. Kiamat akan terjadi pada bila-bila masa sahaja. Kiamat kecil banyak terjadi. Zina , maksiat , gempa bumi sgalanya sudah terjadi. Tiada rasa keinsafan kah di hati anda semua sebagai umat islam yang beriman dan bertakwa ? Tidak takutkah anda pada azab Allah SWT di neraka nanti ? Panasnya api di dunia ini hanya sekecil atom daripada api neraka. Dapat anda bayangkan betapa panasnya api neraka ? Sehingga peluh tidak sempat jatuh kerana panasnya api neraka telah mengeringkannya. Tidak takutkah anda dengan bisikan dan godaan DAJJAL nanti? Mampukah anda melawan godaan DAJJAL ? Kalau iman anda lemah ! Tidak mungkin ! Anda pasti terpesong. Marilah kita sama'sama perbaiki diri kita agar dapat menjadi hambaNYa yang bertakwa. Berpakaianlah sebenar-benarnya. Bukan sekadar memakai tudung tetapi ketatnya baju sehingga menampakkan bentuk badan. Masya Allah ! Bukan itu. |