::Neng Chai::
Navigation

touch the image!



Home Me Links Stuff

I'm purplelicous. Call me Neng Chai , im 17 (2014) Just read my post and leave your footstep at cbox :3


Say Something?



Big Claps

Template: Farsya Widodo
Basecode By: Ndot Perry
Big Helping: Atiqah
Edited by: EKA ARKASHA



Bakal Suamiku



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih ,

Saya tulis warkah ini untuk bakal suamiku . Yang mungkin berada jauh dari saya , dan mungkin dekat dengan saya . Warkah ini saya coretkan khas untukmu kerana ingin menyatakan sesuatu . Sesuatu yang tidak pernah saya katakan pada mana-mana lelaki . 

Bakal suamiku , InsyaAllah . Aku ingin menjaga pandanganku dan pergaulanku kerana hatimu perlu aku utamakan . Aku tidak mahu menyakitimu tanpa aku sedari . InsyaAllah , aku akan menutup rapi seluruh mahkota berharga yang ada pada diriku kerana hanya kau insan yang selayaknya untuk itu. Tiada guna jika aku dipandang cantik , comel dan mejadi rebutan ramai kerana aku tahu hanya kau yang layak untukku dan boleh memiliku. 
Aku akan menjaga akhlakku dan berusaha untuk menjadi wanita solehah . Kerana aku mengimpikan lelaki yang soleh dan lelaki yang boleh membimbingku ke jalan Allah Swt . Kerana janji Allah wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.

Mungkin aku tidak mampu menipu hati dan perasaan ini. Lumrah untuk dicintai dan mencintai . Namun , insyaAllah . Akan aku usahakan untuk menafikan semuanya keranamu. Aku ingin memberikan kamu cinta tulen yang asli dan bukanlah lebihan sisa cinta dari lelaki lain. 

Aku tidak mengharapkan dirimu sekacak Yusuf. Yang mampu membuat tangan wanita berdarah bila melihatnya. Andai benar kau jodohku. Andai benar aku dicipta dari tulang rusukmu. Aku yakin dan pasti , rasa cinta untukmu pasti ada dalam diriku tanpa aku sedari. Izinkan aku menjadi sayap mu , dalam perjuanganmu dan benarkan aku untuk menghulurkan tangan untuk kau berpaut sewaktu kau rebah di medan fisabillah . Beri aku kesempatan untuk mengesat darah dari lukamu. Mengesat peluh dari tubuhmu dengan tanganku sendiri. 

Bakal suamiku , jangan manjakan aku dengan harta kekayaan yang hanya mampu dimiliki di dunia sahaja. Kerana , aku pasti tidak bahagia dengan itu semua. Aku boleh bahagia jika kau boleh membimbingku meniti jalan syariat , iaitu jalan yang diredhai Allah SWT . 


Doaku untukmu  ,
agar engkaulah yang terbaik sebagai imamku .
agar engkaulah yang terbaik sebagai pendorongku .
dan agar engkaulah yang terbaik untukku selamanya.

 

Harapanku ,
agar kau bersamaku dalam perjuangan agamaNya ,
agar kau bersamaku sentiasa dalam membesarkan mujahid dan mujahidah di jalanNya ,
agar kau bersamaku hingga ke syurgaNya ,
dan agar engkaulah yang terbaik untukku selamanya. 


Permintaanku ,
kau terimalah aku seadanya agar kau tidak hanya menghargai apa yang ada pada luaranku saja.
janganlah kau membenciku kerana kelemahan dan keburukanku. 
kerana
aku tidaklah sehebat saidatina khadijah ,
aku tidaklah sepintar saidatina aisyah ,
aku bukanlah wanita setabah aisyah ,
aku bukanlah wanita secekal maryam 
dan 
aku bukanlah si dia yang pernah menjadi tarikanmu.