::Neng Chai::
Navigation

touch the image!



Home Me Links Stuff

I'm purplelicous. Call me Neng Chai , im 17 (2014) Just read my post and leave your footstep at cbox :3


Say Something?



Big Claps

Template: Farsya Widodo
Basecode By: Ndot Perry
Big Helping: Atiqah
Edited by: EKA ARKASHA



Perkongsian

Malu adalah sebahagian daripada iman. Apabila kita memiliki sifat malu, ia mampu menghindarkan kita dari sebarang dosa. Namun perlu diingat, malu juga ada tempatnya. Kenapa perlu adanya sifat malu?

1) Fahami sifat malu.

• Malu itu mesti kena pada tempatnya. Malu kita bukan hanya kepada manusia sehingga malu bertanya dan bergaul. Sebenarnya, malu itu hanya kepada Allah s.w.t. semata-mata.

2) Ketaatan kepada Allah s.w.t.

• Wujudnya rasa malu kepada Allah. Kita pastinya patuh dengan segala suruhan dan perintah daripada Allah tanpa sebarang bantahan dan alasan.

3) Mengelak daripada melakukan maksiat kepada Allah s.w.t.

• Kita tidak sesekali berani melakukan maksiat dan dosa terhadap Allah s.w.t. Apatah lagi melanggar segala suruhan yang diperintah oleh-Nya. Ia sekaligus menjadikan kita manusia yang sentiasa ingin menghindari dosa.

4) Dimasukkan ke dalam Syurga Allah.

• Kita pasti terjamin akan memasuki Syurga Allah s.w.t. jika mempunyai sifat malu. Malu melakukan maksiat dan dosa di hadapan Allah. Sabda Rasululullah s.a.w. : "Sifat malu itu adalah daripada iman,  dan iman itu tempatnya adalah di Syurga. Manakala , mengeluarkan kata kesat itu daripada kekasaran atau kejahatan dan kekasaran atau kejahatan itu tempatnya dalam neraka." (Riwayat Tirmizi)

5) Mendatangkan kebaikan.

• Apabila timbul sifat malu kepada Allah, pastinya kelakuan kita adalah yang terbaik. Malah kita juga jauh daripada fitnah. Dari Imran bin Husaini r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersadba: "Sifat malu itu tidak datang melainkan dengan kebaikan." (Riwayat Muslim)

Keindahan akhlak pasti terpancar, jika kita memiliki sifat malu. Namun, malu tidak menjadikan seseorg itu lemah. Malah menjadikan, seseorang itu berani, bersemangat serta tabah dalam mengharungi kehidupan sebgai seorang Muslim yang kental dan beriman.


Hidup Ini

KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI..
Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya.. Ia duduk menghadap murid-muridnya.. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam..
Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam.. Jika saya angkat kapur ini, maka berkatalah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"
Murid-muridnya pun mengerti dan mengikuti.. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat..
Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya.
Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.
Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil . Kita begitu jelas membezakannya.. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan pelbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya..
Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya.
Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika. "Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain."
"Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan..Paham?"
Tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu."
"Baik permainan kedua. "
begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet.. Sekarang anda berdiri di luar karpet, permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah dengan tangan tanpa memijak karpet?"
Murid-muridnya berpikir. Namun tiada yang mahu mecuba. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet ..
"Murid-murid,begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar.
"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat.. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.
Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dengan tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan"
"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda..
Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka. Dan itulah yang mereka inginkan"
"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita"
"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya
murid- murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang,
misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang
tidak lagi."
"Begitulah Islam. Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar"
"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang." Matahari bersinar terik tatkala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan fikiran masing-masing di kepalanya.
Renungilah cerita ini demi kebaikan bersama.


Mujahadah

Mujahadah itu bukanlah bermakna engkau cuba sekali dan berjaya.
Mungkin engkau akan jatuh, cuba bangun, jatuh lagi dan lagi.
Mungkin engkau terus terluka, merana, kecewa dan berendam airmata.
Mujahadah itu ertinya perang
Tidak mungkin di saat perang, engkau boleh bersenang-senang.
Tidak mungkin di saat perang, engkau mahu bersenang lenang
Tidak mungkin tanpa waspada dan hati-hati, engkau boleh menang.
Muhasabah diri
Ke arah mana engkau sedang langkahkan kaki?
Ke arah syurga yang dipagari perkara-perkara yang engkau benci?
Atau ke arah neraka yang dihias perkara-perkara yang engkau sukai?
Ingat mati. 
Apa yang sedang menunggu engkau di sana nanti? 
Terdayakah menanggung beban dosa yang dikerjakan dari tanganmu sendiri? 
Tundukkanlah hati. 
Insafi diri.
Untuk apa Allah menghidupkan engkau semula pada hari ini? Allah .


Perkongsian ilmu

Pernah buat camni? Bila keluar makan/minum atau tengah pegang gelas berisi air, tiba2 ada rasa tidak puas hati dekat sesiapa, then 'ter'mengumpat depan air tu, atau marah2 depan air, pendek kata cakap benda- benda negatif la depan air tu. Pernah buat ? Tahu kah kamu bahawa sebenarnya air tu 'perakam' yang terbaik? Ia akan 'rakam' semua yang ada depannya. Sebab tu kalau kamu perasan, orang selalu baca Yassin depan air, sebab dorang mau 'rakam' vibration2 dan energy2 positif dari Al Quran itu. Air kan akan 'bersatu' dalam badan kita. Cuba bayangkan anda best-best mengumpat, dan marah-marah (energy negatif) depan air,lepastu kamu minum pulak air yang di'rakam' dengan aura negatif tu? Hahaha, sebab tu kadang-kadang kita cepat emo, susah mau terima ilmu, susah mau berubah kepada yang lebih baik, sebab kita sudah 'rakam' benda-benda negatif dan masukkan ia dalam badan kita. Untuk perkongsiann, sebenarnya Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.Surah Yasin pula dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.Surah Dukhan dapat membantu kita ketika kita menghadapi ujian dari Allah SWT pada hari kiamat.Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau menjadi fakir. Surah Al-Mulk dpt meringankan azab di dalam kubur.Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan yang munafiq.Surah Al-Falq dpt menghapuskan perasaan hasad dengki. Surah An-Nas dpt melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was. seterusnya, untuk menangani Syaitan Durjana dikatakan juga:-Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa jaa. Dorang akan tengok ja. Tapi ketika anda membukanya,syaitan mula berasa curiga. Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah. Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.           Ketika anda mengamalkan AL-QURAN dalam kehidupan setiap hari, dia akan stroke. Teruskan membaca AL-QURAN dan amalkannya agar syaitan terus stroke.Ketika anda ingin membaca pesanan ini,          syaitan pun mencegahnya.          Syaitan kata, 'JANGAN BACA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG ' 


Hargai

Belajarlah mencintai orang yang hari ini masih milik kamu sebelum dia pergi jauh dari hidup kamu. Hari ini mungkin dia masih mencintai , menyayangi dan merindui kamu. Tapi mungkin besok takkan ada lagi cinta untukmu . Kerana mungkin besok kamu yang lebih mencintai dia ketika dia sudah pergi jauh dari hidup kamu.  Jadi, jangan pernah mensia-siakan cinta yang sekarang
ini mengisi hati kamu.


Proud to be Sabahan !

Did you know that SABAH is UNIQUE? Well , ramai orang selalunya tanya apa makna ayat tu . Eh ? Tu maksud dia apa ? So , ni ada sikit perkongsian tentang pertuturan di sabah for you all :)
#SabahanSays "Anu" when they have no idea to explain the things.
contoh ayat? Contoh macam ni "anu ba, yang selalu kita guna untuk potong rumput, apa nama tu ah?" di sabah "anu" tu tiada kaitan dengan organ manusia or anything yg lucah okayy!
# SabahanSays NDA n NGGA is totally different. People always mistaken us as Indonesian.
# truestory
# SabahanSays In a typical restaurant scene in Sabah, you're a 'boss', the waiter's a 'boss', the cashier's a 'boss'. Everyone is the boss. haha.  i dont know how to explain this. but this is totally true. sabahan akan panggil orang lain, siapa-siapa sahaja as "boss". so di sabah, semua orang boleh jadi boss.
hahah. contoh ayat "si boss ba tu
yang guna periuk tu tadi"mau jadi boss ? Pindah sabah :D
#SabahanSays "lari ba" when they ask someone to move/ when someone's blocking their view . this
one lebih kurang macam "excuse me, can u please move a bit?" or"boleh tepi sikit tak?"
#SabahanSays , Whenever you abuse the slang term 'bah', every Sabahan dies a little inside actually its kinda funny dengar non sabahan cuba guna perkataan "bah" . Hahaha. sounds cute!
#SabahanSays "miring" instead of
condong. haha Unique Much kan ?
. Its actually the term yg kami guna di sabah.
#SabahanSays "Nduu baa" which has equal meaning as "Awlololoo"get it? Get it?
kamu biasa guna "alolo.kesiannya
demam".kalau version sabahan
"anduuuu baaa . Ksian dia demam.."easy yooo!
#SabahanSays "Bida" as ugly.
#SabahanSays di mana rumah kau ? di sana tuuuuuuuuuu . makin banyak "U" makin jauh la rumah dia hahahahahahahah .get it?
#SabahanSays jangan kau kacau tu
anjing,kena bubut kau nanti. faham kah ayat ni? "bubut" means "kejar" .
#SabahanSays. Apa kau rasa? Rasa
oren. ni bila kami mau cakap kat orang tu "padan muka kau." hahaha. Di sabah , kami cakap Palis palis , hahaha..meaning that "minta dijauhkan...". bila kami dengar something yang tdk baik, contoh kami dengar "anak jiran sebelah accident kena langgar lorry.." so untuk menyatakan yang kami harap benda tu tdk berlaku kat kami, kami akan cakap "palis paliss"
#SabahanSays bole bah kalo kau!i
like sabah! ni ramai yg tahu kan ?
#SabahanSays - "KUI" means "KUIH" .
#SabahanSays you say 'milo ais' you say 'milo ping'
yep.. but terengganu pun guna ping ba kan?
#SabahanSays other then buduh, kamu akan cakap palui. buduh means bodoh la..
I proud to be a SABAHAN..
# sabahanright??? 


If I were a millionaire

Well , if I were a millionaire , I would travel around the world. I would visit all the famous places and stay in each country to learn its customs and languanges. Guided tours would not be there for me because they do not allow me to get to know a place really well. I would probably take a few years or month to accomplish the tour but I am very sure that the time will be well spent by me. At the end of the tour I would have a rich knowledge .
When im back home , i would build a mansion. The mansion would be full designed by me and it would have enough rooms for my large family that I intend to have. Hahaha :D I would also want a well equip gymnasium. On the grounds , i would have a beautiful garden and in the middle of the garden would be a fish pond. So then , my family and I can spent time there and enjoy the beauty of the garden in the evening .
For society , i would build a large community hall maybe ? Where the people of all races can come to make use of it. It will contain sports facilities like badminton , squash , ping-pong and other equipment for keeping fit. I'll also hired a qualified instructors around to make sure that the users get maximum benefits .
Last but not least , I will have to make sure I remain a millionaire . In other words , i will make sure that my sources of money are not diminished/finished. This will require that I keep a firm hold of the bussiness I am invloved in. Only then i can be sure that I will remain as a millionaire. Maybe u guys wondered , why would i want to remain as a millionaire? My answer is simple. If I were not one , all the things that I havr started before will come nought and all my efforts would be wasted. Done !